Merendah hati itu pula ialah seseorang yang dikurniakan kelebihan dari orang yang lain,akan tetapi tidak pernah merasakan kelebihan itu sesuatu yang membuatkan dirinya dari meninggi diri. Dan sentiasa bersikap tawaduk, dan sentiasa tersemat di hatinya setiap kelebihan itu datangnya dari Allah Ta'ala.
Dan harus di ingat, setiap rendah hati itu mestilah benar-benar ikhlas di pandangan Allah Ta'ala. Bukan mengharapkan pujian dari manusia kerana berpura-pura menunjukan kebaikan diri dalam kesombongan. Itu bermaksud rendah hati yang sengaja di buat-buat semata-mata mengharapkan perhatian orang ramai bahawa dirinya seorang yang suka merendahkan hati.
Rendah Diri selalunya akan terjadi seperti merasakan dirinya yang sangat teruk di zaman lampaunya, dengan berbuat zina, kerana keadaan ekonominya yang sekarang ini, kerana keadaan kekurangan ilmunya dan ada juga yang merasakan rendah diri kerana dilahirkan di luar nikah. Di sini lah harus kita patut rasa bersyukur, dan berazam untuk memulakan satu langkah resolusi yang baru buat hidup kita yang selepas ini. Allah sedang memberikan kita peluang untuk mengubah segalanya. Sedangkan kita masih meratap sayu dengan kelemahan yang sedia ada.
Jadikan kelemahan, keburukan yang ada pada diri sebagai satu penaik semangat untuk hidup kita. Jika keluarga aku miskin, aku akan lebih berusaha lagi untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah keadaan keluarga ku yang lebih baik. Kesalahan yang lepas, bukan datangnya dari anda. Dari andalah bermulanya satu azam yang baru. Membina kehidupan yang lebih baik, dan melahirkan generasi pewaris yang baik dan moga-moga terdiri dari para ulama.
Kuncinya adalah mensyukuri segala nikmat yang ada, barulah kelemahan menjadi kekuatan.Pedulikan Nafsu. Kerana Nafsu yang menimbulkan keraguan pada kelemahan.
Pada yang terasa diri tiada ilmu, inilah masa nya. Kita semuanya sama. Masih mencari dan mengali apa yang ada di muka bumi ini.Gunakan masa yang sedia ada untuk kita timba ilmu, sebelum masa itu dihentikan buat kita. Dengan ilmu, buat kita amalkan dan sampai-sampaikan pada sahabat yang lain. Ilmu itu milik Allah. Bukan ilmu itu kita junjung tanpa berbuat apa-apa,kerana ilmu itu pasti memakan diri kita semula. Dan hanya sifat tawaduk sahaja yang mampu kikis sombong dan takbur di hati.