CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday 2 April 2012

Apakah pilihan hidup anda.....

" Setiap kejayaan ada peraturan dan panduan yang perlu kita jadikan sebagai pedoman hidup "
Kita mahukan kejayaan. Iaitu kepuasan yang memberikan ketenangan hidup yang berpanjangan. Tapi pernah kita ambil pengajaran dari kejadian alam yang disebutkan di atas..??? Setiap dari kita sentiasa mengambil langkah mudah dalam membentuk sesuatu kejayaan. Tanpa memikirkan apa yang harus di lakukan dalam mereka-cipta kejayaan tersebut. Sebatang pokok rendang yang berbuah lebat harus mengikut undang-undangnya sendiri. Harus di bajai dan di sirami untuk mencapai hajat mereka. Begitu jugalah dengan kita sebagai manusia. Untuk kita cipta sesebuah kejayaan tersebut, perlukah kita langgar segala peraturan yang telah di tetapkan ke atas kita sebagai manusia yang mempunyai agama....???
" Cukuplah kacang melupakan kulitnya. Yang pernah melindungi kacang tersebut. Jangan pula kita melupakan Allah Ta'ala yang bukan sahaja telah melindungi bahkan Dia jugalah yang telah menciptakan kita sebagai manusia "

Kita semua di ciptakan di muka bumi hari ini adalah untuk menjadi seorang yang berjaya.

Apa maksud berjaya yang anda mahukan, anda sendiri yang perlu menetapkannya. tapi harus ingat, selain mengikut kaedah atau teknik untuk berjaya dalam hidup, jangan kita terus lupakan siapa yang menciptakan teknik untuk menjadi seorang yang berjaya...