CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Friday 23 March 2012

HATI UMPAMA MAGNET

 
 
Hati ini umpama magnet. Mempunyai kuasa tarikan yang cukup hebat dan luar biasa. Hati yang baik mampu menarik kebaikan pada persekitaran diri nya. Begitu juga sebaliknya.

Untuk mendapatkan kebaikan hati, islam telah mengajar kita bagaimana memperbaiki dan memperbaharui hati. Dengan cara memberikan senyuman pada sesama saudara, berperasangka baik dan suka memberikan salam adalah salah satu alat untuk kita membersihkan hati kita.
 
 


 

Wednesday 14 March 2012

WARNA KEHIDUPAN SETIAP MANUSIA

Pelbagai persoalan yang bermain di ruang fikiran kita apabila menemui kebuntuan ketika sesuatu musibah menimpa diri. Dan kebanyakkannya lebih selesa memilih dengan cara termenung dan lebih cenderung dengan mengeluh setelah apa yang sudah berlaku sejak kebelakangan ini. Adakah anda rasa perlakuan anda itu boleh mengubah kesilapan anda yang lalu? Ataupun dengan cara ini dapat mencari jalan penyelesaian pada masalah anda itu?

Mungkin terlalu sombong jika saya katakan, hanyalah kerja sia-sia jika temenung atau mengeluh menjadi pilihan utama anda. Mungkin pada anda, hanya yang melalui pengalaman derita anda sahaja yang mampu mentafsirkan segala keperitan yang sedang anda lalui itu. Saya setuju. Tapi pernahkah anda terfikir soalan saya diperenggan pertama tadi? Apa yang anda perolehi dari tindakan anda tersebut?

Mungkin pada diri kita sebagai manusia, sedikit ruang untuk bertenang mampu memberikan sedikit kelapangan fikiran. Ambillah sebanyak mana yang anda mahukan. Tapi ingat, sebanyak mana masa yang anda manfaatkan itu, semakin besar jurang masa yang anda perlukan untuk anda membuat sesuatu perubahan.

Bermula dengan cara bertenang adalah sesuatu yang sangat baik sebelum memulakan kehidupan setiap hari. Dengan cara sebegitu, kita mampu memikirkan pelbagai idea yang positif. Rancang kehidupan baru yang anda inginkan. Kalau pun kita berhak menentukan kebahagiaan kita sendiri, tidak perlu kita terlalu terburu-buru berbuat sesuatu keputusan. Setelah itu, jangan abaikan apa yang anda rancangkan tadi.



Tidak akan berubah kehidupan manusia itu selain daripada usahanya sendiri.


Kejayaan milik semua. Bagaimana warna kehidupan yang anda mahukan, jangan berlengah lagi. Teruskan melukis. Kerana hasil lukisan itu, walau di mata orang lain tidak secantik di mata anda, jika itu impian hidup anda, itulah di namakan kepuasan.

 
@y@ng'z

RENDAH DIRI vs RENDAH HATI

 
Sifat merendah diri itu, satu sifat yang terlalu merasakan dirinya terlalu kekurangan sehinggakan kekurangan yang dimikinya itu akan membuatkan dirinya merasa malu untuk berhadapan dengan orang lain.
Merendah hati itu pula ialah seseorang yang dikurniakan kelebihan dari orang yang lain,akan tetapi tidak pernah merasakan kelebihan itu sesuatu yang membuatkan dirinya dari meninggi diri. Dan sentiasa bersikap tawaduk, dan sentiasa tersemat di hatinya setiap kelebihan itu datangnya dari Allah Ta'ala.

Dan harus di ingat, setiap rendah hati itu mestilah benar-benar ikhlas di pandangan Allah Ta'ala. Bukan mengharapkan pujian dari manusia kerana berpura-pura menunjukan kebaikan diri dalam kesombongan. Itu bermaksud rendah hati yang sengaja di buat-buat semata-mata mengharapkan perhatian orang ramai bahawa dirinya seorang yang suka merendahkan hati.

Rendah Diri selalunya akan terjadi seperti merasakan dirinya yang sangat teruk di zaman lampaunya, dengan berbuat zina, kerana keadaan ekonominya yang sekarang ini, kerana keadaan kekurangan ilmunya dan ada juga yang merasakan rendah diri kerana dilahirkan di luar nikah. Di sini lah harus kita patut rasa bersyukur, dan berazam untuk memulakan satu langkah resolusi yang baru buat hidup kita yang selepas ini. Allah sedang memberikan kita peluang untuk mengubah segalanya. Sedangkan kita masih meratap sayu dengan kelemahan yang sedia ada.
 

Jadikan kelemahan, keburukan yang ada pada diri sebagai satu penaik semangat untuk hidup kita. Jika keluarga aku miskin, aku akan lebih berusaha lagi untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah keadaan keluarga ku yang lebih baik. Kesalahan yang lepas, bukan datangnya dari anda. Dari andalah bermulanya satu azam yang baru. Membina kehidupan yang lebih baik, dan melahirkan generasi pewaris yang baik dan moga-moga terdiri dari para ulama.

Kuncinya adalah mensyukuri segala nikmat yang ada, barulah kelemahan menjadi kekuatan.Pedulikan Nafsu. Kerana Nafsu yang menimbulkan keraguan pada kelemahan.

Pada yang terasa diri tiada ilmu, inilah masa nya. Kita semuanya sama. Masih mencari dan mengali apa yang ada di muka bumi ini.Gunakan masa yang sedia ada untuk kita timba ilmu, sebelum masa itu dihentikan buat kita. Dengan ilmu, buat kita amalkan dan sampai-sampaikan pada sahabat yang lain. Ilmu itu milik Allah. Bukan ilmu itu kita junjung tanpa berbuat apa-apa,kerana ilmu itu pasti memakan diri kita semula. Dan hanya sifat tawaduk sahaja yang mampu kikis sombong dan takbur di hati.
@y@ng'z

Tuesday 13 March 2012

BAGAIMANA KITA MENIKMATI KELEMAHAN PADA DIRI KITA

Kelemahan, kekurangan, dan kecacatan adalah salah satu alasan manusia untuk tidak rasa bersyukur kepada nikmat yang diterima.
 

Sedarlah, dengan setiap kejadian yang di ciptakan oleh Allah, dan disetiap pemberian yang telah di anugerahkan buat kita sebagai hamba-Nya, pasti ada hikmah yang tersirat. Cuma kita sahaja yang perlu menggunakan segala apa yang telah diberikan buat kita, di jalan yang di redhai sebagai tanda terima kasih kita buat-Nya.

PERTAMA... kita mestilah yakin dalam hati kita, setiap kelebihan dan kekurangan pada setiap manusia ada tujuan tertentu. Bila perasaan yakin itu ada, tidak akan wujudnya prasangka yang tidak baik ataupun merasakan Allah sudah melakukan kesilapan ataupun sengaja membezakan kasih sayang-Nya buat hamba-hamba-Nya di dalam hati kita.

KEDUA... Jangan terlalu merenung kepada kelemahan yang ada. Dan jangan kerana kelemahan yang satu, menutupi sepuluh kelebihan yang ada pada diri. Lihatlah di sekeliling kehidupan kita. Ada mereka-mereka yang mengharapkan kekurangan daripada diri anda sekarang ini, buat melengkapi hidup mereka. Sedangkan anda menganggap kekurangan dan kelemahan, terasa diri di bebani sampai bila-bila.

KETIGA... jangan terlalu berjanji kepada Allah untuk meminta kebaikan dan kelebihan. Seperti berdoa "Ya Allah, jika kau kurniakan kekayaan ini kepadaku, akan aku membuat kebaikan pada fakir dan miskin". Sedarkah kita, di alam rahim lagi kita sudah berjanji untuk menjadi hamba yang beriman kepada-Nya, sedangkan janji yang terdahulu belum lagi kita tepati. Apa lagi janji yang seterusnya.

Hiduplah dengan akui kelemahan diri ada hikmah yang tersirat. Cuma kita perlu terokai dan selidiki di mana kehebatan diri kita sekarang ini. Ketahuilah kelemahan dan kelebihan diri kita itu adalah nikmat yang di nanti-nantikan oleh insan yang sentiasa mengharapkan dari Allah Ta'ala.

Janji Allah itu pasti...
 
 

Sunday 11 March 2012

BELAJAR HIDUP DENGAN TENANG

Bila kita hidup dalam ketenangan....

Semua yang kita lakukan akan menjadi senang. Inilah hakikat hidup. Hakikat yang perlu kita genggam jika kita ingin rasa bahagia. Dengan bersikap tenang, kita terhindar dari perasaan marah atau panas baran. Otak akan berfungsi dengan lancar dan memberikan reaksi yang positif dan segala apa yang kita lakukan atau luahkan akan memberi kesan yang terbaik....

Segala tindak tanduk ini boleh kita ambil dari pelajaran Islam itu sendiri. Kita di ajar dan di perintah mendirikan solat lima waktu. Jika  kita teliti dan kita perhalusi segala rukun di dalam mendirikan solat itu, dan kita bawakan apa maksud tersirat apa itu solat, ianya akan memberikan impak yang positif dalam kehidupan kita seharian.

Salah satu  yang boleh di kupaskan ialah makruh jika kita tergesa-gesa dalam mendirikan solat. Dari sini, jika kita meneliti, kita fikirkan di mana benarnya kenyataan di atas, jika kita amalkan secara konsisten.
Jika kita tergesa-gesa, berlari mengejar dalam mendirikan solat, takut tertinggal rakaat bersama jemaah yang lain, kita lupa ada kemungkinan besar kita akan terlupa membaca niat solat dengan cara yang betul. Kemungkinan jua nafas kita dalam keadaan tercungap-cungap. Rasa kusyuk kita iaitu kosentrasi kita serta merta akan hilang.

Begitu juga dengan hidup. Jika sentiasa bersikap tenang, semua yang kita lakukan, apa yang kita fikirkan akan menghasilkan keputusan yang cemerlang dengan satu kata fokus dan segala hasil yang terwujud seperti yang di rancangkan. Dari situ juga kita ambilnya sebagai pengajaran....Lebih baik kita bersikap tenang dari kita bersikap tergopoh-gapah....

Dengan solat, kita di ajar menepati masa, dari solat juga  kita sudah di didik merancang segala-galanya kehidupan seharian kita secara teratur.



@y@ng'z