CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Thursday 23 February 2012

Tips Meningkatkan Keyakinan Diri

Keyakinan bukan lah suatu aspek yang boleh di jual beli atau di dapati di mana-mana pasar raya. Ianya hanya boleh di dapati di dalam diri u ols sendiri. Cara menambahkan keyakinan akan berlaku apa bila u ols meningkatkan segala kepercayaan yang menunjukan u ols yakin bahawa u ols juga mampu menjadi seperti yang difikirkan."Membina Keyakinan Diri" adalah suatu proses hidup yang berterusan. Terus lah mencari di mana titik mula kepercayaan diri kite ye.

 



Bagaimana mahu membina keyakinan
Keyakinan seperti yang @y@ng sebut tadi, adalah satu proses yang bermula dari keazaman dari lubuk hati. Dengan bermula dengan niat di tambah pula dengan keazaman yang kuat, u ols yakin bahawa u ols juga mampu menampilkan kebolehan atau kepakaran yang ada pada diri. Mungkin tips di bawah sedikit sebanyak dapat muhasabah pada diri kita sendiri, dan sama ada ianya logik,berkesan atau tidak tanyalah pada diri  sendiri.

1) Mengenali Diri Anda Sendiri

Untuk menjayakan proses ini, anda haruslah mengenali dan menghayati siapa diri anda yang sebenarnya. Perhatikan diri di cermin, dan berbisiklah di  dalam hati dengan berkata "inilah diri aku yang sebenar". Tidak perlu menjadi seseorang sebagai saingan. Cukuplah anda tahu siapa diri anda yang di tahap mana yang sebenarnya.

2) Kenal Pasti Kelebihan Diri

Setiap manusia yang Allah Ta'ala ciptakan adalah sebaik-baik kejadian. Dan sudah pasti, kelebihan dan keistimewaan yang tersendiri pasti akan di miliki oleh sesiapa sahaja.

3) Kenal Pasti Kelemahan Diri

Walaupun kita ini adalah sebaik-baik ciptaan, jangan lah kita lupa setiap daripada kita mempunyai kekurangan masing-masing. Tidak ada manusia yang di lahirkan di dalam kesempurnaan. Mengenal kelemahan bukan bermakna untuk mewujudkan rasa rendah diri. Haruslah kita ingat, setiap apa kelemahan ada jalan penyelesaian nya. Cari dan kaji bagaimana kita mengubah kelemahan menjadi kelebihan.



4) Keluar Dari Kepompong Ketakutan
Jangan takut untuk berhadapan dengan kenyataan. Ubahlah pemikiran ke arah gaya berfikir positif. Kerana mereka yang berjaya dan bergaya juga manusia seperti anda.

5) Jangan Berasa Rendah Diri

Pernah baca entri saya yang bertajuk "rendah diri vs rendah hati". Tonjolkan diri anda. Kenapa perlu ada rasa malu.

6) Jangan Terlalu Emosional Pada Masalah Hidup

Emosi merupakan perasaan dalaman dari diri kita sendiri. Ini adalah di dalam kawalan hidup kita. Kita akan beremosi dengan apa yang kita fikirkan. Fikirkan perkara-perkara yang positif. Keyakinan pasti muncul pada akhirnya.

7) Percaya Pada Kebolehan Diri Yang Anda Miliki

Di tips no 2 dan 3 tadi saya ada menyebut mengenai kelebihan dan kelemahan. Pergunakan di tempat dan situasi yang sesuai kebolehan yang anda miliki dengan rasa yakin dan percaya pada diri. Dan hindarkan dari menampilkan kelemahan terlalu menonjol jika keadaan dan situasi tidak mengizinkan.


8) Mulalah Bergaul Dengan Mereka Di Luar Sana
Pada yang rasa diri mereka terlalu banyak kekurangan, merasa diri di sisihkan. Semuanya akibat diri anda sendiri. Anda yang berkata diri anda penuh dengan kelemahan, dan anda juga lah yang menjauhkan diri dari mereka. Sedangkan mereka di luar sana tidak berkata apa-apa mengenai diri anda. Anda sahaja yang suka menyusahkan kehidupan anda sendiri.


9) Jangan Takut Pada Kegagalan
Setiap apa yang kita lakukan, harus kita mulakan dengan penuh rasa keazaman. Lakukan dengan penuh rasa percaya pada diri sendiri. Jika kegagalan sudah terbayang di mata anda sebelum anda lakukan terlebih dahulu, bermakna anda sudah terlebih dahulu kalah sebelum keluar berperang.

Kesimpulannya sama seperti apa yang saya katakan di tajuk " Membina Keyakinan Dengan Kelebihan Diri". Soal untuk menimbulkan jalan penyelesaian pada titik soalan bagaimana mahu bermula dengan keyakinan, semuanya bergantung pada anda. Jangan suka bertangguh untuk bermula dengan langkah pertama. Tapi harus ingat, keyakinan adalah satu proses yang berterusan. Tidak boleh kita dapati dalam masa sehari apa lagi dalam masa sesaat. Bina lah keyakinan tersebut. Tingkatkan rasa yakin itu hingga anda berani berkata pada semua, " Aku Yakin Aku Boleh.. "



"Bila diri rasa hebat, anda pasti akan memiliki seperti dia"






Wednesday 22 February 2012

Erti Kesusahan Yang Memberi Maksud Kebahagiaan

Dalam diam-diam dalam sedar atau tidak kadang-kala kita terlupa dan tidak percaya, umur kita semakin bertambah dengan begitu pantas sekali. Cepatnya masa berlalu.Mungkin ada yang terlalu pahit untuk di kenang dan untuk kita imbas kembali. Buat kenangan yang lepas, kalau di beri peluang untuk di undurkan masa, tak mahu rasanya untuk menerima peluang tersebut. Cukuplah apa saja yang telah di lalui selama masa itu. Semua itu mengajar aku apa erti menjadi seorang manusia. Mengajar aku apa erti kesusahan, kesenangan tanpa kebahagiaan. Apa yang jelas, aku tetap harungi apa yang ada di depan mata, dan menjadikan pengalaman yang lepas buat pelindung diri supaya tidak berlaku buat kali kedua di masa hadapan.


erti



Terima kasih kenangan. Terima kasih pengalaman. Tanpa kamu "berdua", aku masih lagi tercari-cari apa makna hidup yang sebenar. Kerana kamu "berdua", buat aku lebih mengenali diri aku sendiri. Hanya kita saja yang mampu mengubah hidup kita. Selalu saja ayah pesan, segala apa kesusahan yang kita lalu hari ini, semua nya sebagai syarat-syarat untuk berjaya. Tanpa kesusahan, kita tidak akan jumpa di mana terletaknya kunci pintu kesenangan. Apatah lagi untuk mengetuk pinu kebahagiaan.


"Hiaskan kehidupan ini dengan gurau-senda, kerana ia melambangkan kehidupan yang harmoni"


Buat yang sebaya di jadikan renungan dan tatapan rasa, dan kepada mereka yang lebih mendahului umur ini, menjadikan semua ini peringatan. Dan mungkin saja pengalaman anda lebih bermakna. Kita semua ada kisah tersendiri. Kisah silam yang hanya kita sendiri saja yang tahu bagaimana perjalanannya.Terima kasih pengalaman. Kau jugalah kenangan.
"Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan.Teruskan perjuangan kita walaupun  terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"
Kehidupannya yang lepas, aku jadikan sebagai kamus, dan aku cuba untuk memperkemaskan lagi di mana salah silap yang telah berlaku, supaya tidak menjadikan parut yang mendalam pada kehidupan yang seterusnya.

Tak pernah sekali aku menangis, belum pernah lagi terdetik kata menyesal dengan apa yang berlaku dalam kehidupan yang lalu. Semua ini hanya lampiran hidup yang telah di katakan qada' dan qadar. Aku redha dengan apa yang berlaku. Mungkin pada yang lain, akan kata aku ini kebal tanpa adanya perasaan. Aku tetap Aku. "Jangan pedulikan apa orang nak kata. Yang penting kita tahu, kita buat untuk ubah kehidupan kita".

Friday 17 February 2012

Ligament owh ligament......






LIGAMENT kruciate hadapan (ACL) terputus adalah sejenis kecederaan sendi lutut di mana ACL terkoyak atau tercedera. ACL adalah salah satu dari empat ligamen penting yang memberi kestabilan kepada sendi lutut.
Ligament lain adalah ligament kruciate belakang (PCL), ligament kolateral medial (MCL) dan ligamen kolateral lateral (LCL). ACL terlekat antara hujung bawah tulang paha (femur) dan hujung atas tulang kering (tibia) dalam sendi lutut.


Ia menyilang di dalam sendi lutut dalam arah pepenjuru dan di sisinya, PCL pula menyilang dalam arah bertentangan dengan membentuk palang di antara satu sama lain, itulah sebabnya kedua-dua ligamen ini dipanggil 'cruciate' atau 'genting' sempena bentuk mereka di dalam sendi lutut itu.


Fungsi utama ACL adalah untuk menghalang pergerakan tulang kering daripada bergerak ke hadapan dari tulang paha. Sementara PCL pula untuk menghalang tulang kering daripada bergerak ke belakang tulang paha.
 


Bagaimanakah ACL boleh tercedera?

ACL terputus atau terkoyak sebenarnya adalah kecederaan lutut yang sangat kerap berlaku dikalangan ahli sukan. Selalunya ACL tercedera apabila sendi lutut terpusing dengan kaki terpacak kaku ke tanah atau ketika terjatuh dengan kaki terlipat keluar ketika mendarat selepas melompat.

ACL juga boleh tercedera sekiranya lutut ditendang dengan kuat dari arah luar sebagaimana boleh berlaku ketika bermain bola sepak atau ketika terkena terjahan semasa bermain rugbi. Kecederaan ACL ini kadang-kadang berlaku secara kombinasi dengan kecederaan meniskus dan MCL.

Kecederaan ACL lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah dua hingga lapan kali. Alasan kepada perbezaan ini masih tidak dapat dipastikan dengan jelas tetapi berdasarkan kajian terkini, andaiannya adalah disebabkan oleh bentuk anatomi wanita yang berbeza, kesan hormon estrogen ke atas ACL dan kerana terdapat perbezaan dalam imbangan otot di kalangan lelaki dan perempuan.
 
Simptom kecederaan ACL


  • Semasa berlaku kecederaan bunyi “POP” atau bunyi benda direntap boleh didengar dari sendi lutut tersebut.




  • Lutut terasa longgar dan hilang kawalan, kemudian lutut boleh membengkak.




  • ACL terputus selalunya menyebabkan sakit yang teramat sangat dan serta merta selepas berlakunya kecederaan.




  • Lutut membengkak selalunya berlaku serta merta dan nyata, tetapi boleh juga bengkak terjadi perlahan-lahan dan sedikit saja.




  • Lutut yang tercedera selalunya mempunyai pergerakan yang terhad terutama bila hendak meluruskan kaki kerana sendi lutut tidak dapat diluruskan sepenuhnya.




  • Lutut yang tercedera selalunya berasa sakit bila sekeliling sendi ditekan dengan jari.




  • Tanda positif bila dilakukan pemeriksaan klinikal ujian “Anterior Drawer” dan ujian "Lachman’s”.




  • Sekiranya terdapat kecederaan tulang rawan dan meniskus selalunya permukaan sendi berasa sakit bila ditekan.



  • Result MRI kecederaan lutut saya....

    Rawatan untuk ACL terputus



    Apa yang para atlit boleh lakukan?



  • Segera berhenti bermain atau bersukan




  • Memberi rawatan kecemasan R.I.C.E. (Rest, Ice, Compression, Elevation) dengan segera kepada lutut yang tercedera.




  • Dapatkan rawatan pakar perubatan dengan segera.


    Apa yang para doktor boleh lakukan?




  • Seorang doktor atau pakar kecederaan sukan boleh melakukan pemeriksaan ke atas sendi tersebut dan memberi kepastian sama ada ligamen ACL terputus atau tidak.




  • Mendiagnos kecederaan sampingan pada sendi yang tercedera.




  • Melakukan pemeriksaan sinar-x dan imbasan MRI pada lutut yang tercedera




  • Merujuk kepada pakar sekiranya rawatan pembedahan diperlukan.




  • Memberikan program rehabilitasi pra pembedahan untuk menguatkan otot-otot lutut dan mengurangkan bengkak pada lutut dalam penyediaan untuk pembedahan. Ini dapat membantu dalam mendapatkan keputusan terbaik selepas pembedahan.


    Apakah Pembedahan yang biasa dilakukan?




  • Pembedahan yang biasa dilakukan adalah secara artroskopik iaitu pembedahan yang menggunakan teropong kamera yang dimasukkan ke dalam sendi lutut menerusi tebukan kecil pada kulit.

    Sekiranya kecederaan ACL adalah jenis yang membabitkan tulang tempat perlekatan ACL terkopak dari tulang Kering (Tibia) dan fiber ACL masih utuh, doktor akan meletakkan kembali serpihan tulang berkenaan ke tempat asalnya dengan menggunakan skrew atau jahitan.




  • Sekiranya fiber ACL tersebut putus, fiber berkenaan dibuang dan ligamen ACL baru akan dibentuk dengan menggunakan graf yang diambil dari tendon paha atau Hamstring iaitu tendon Semitendinosus dan tendon Gracillis atau menggunakan gabungan tendon Patella dan sebahagian tulang tempurung dan tulang Kering (BTB graft).


    Bilakah pembedahan diperlukan?




  • Rawatan secara pembedahan adalah lebih kerap dilakukan berbanding secara tanpa pembedahan (konservatif) untuk kecederaan ACL.




  • Keputusan sama ada perlu dirawat secara pembedahan adalah berdasarkan kepada beberapa faktor termasuk umur atlit, gaya hidup, pembabitan dalam aktiviti sukan, jenis pekerjaan, tahap ketidakstabilan sendi lutut dan kecederaan sampingan sekiranya ada.




  • Pesakit yang sudah berusia dan tidak lagi aktif melakukan aktiviti luar sekiranya terputus ligamen ACL kerana terjatuh selalunya tidak akan menjalani pembedahan sebaliknya hanya dirawat dengan fisioterapi dan rehabilitasi. Kadang-kadang pesakit dipakaikan penyokong lutut kerana ia mampu memberi sedikit kestabilan kepada lutut yang tanpa ACL ini.




  • Pesakit yang lebih muda dan aktif melakukan aktiviti sukan dan berkemungkinan mampu mengikuti program rehabilitasi yang kompleks dengan baik pesakit ini biasanya dirawat secara pembedahan.




  • Sejarah kecederaan ACL menunjukkan lutut yang mempunyai kecederaan ACL dan tidak dirawat secara pembedahan mempunyai kadar pembentukan sakit sendi yang kronik, seperti osteoartritis, lebih cepat berbanding lutut yang normal atau dirawat secara pembedahan.

    Bagi mereka yang masih muda dan aktif pula, mempunyai lutut yang longgar kerana ketiadaan ACL memaksa mereka menukar aktiviti sukan kepada jenis yang tidak membabitkan sentuhan badan dan pergerakan berpusing seperti joging.


    Berapa lamakah atlit perlu berehat daripada aktiviti sukan?

    Ini sangat bergantung kepada cara pendekatan pakar bedah dan pakar fisioterapi terhadap proses rehabilitasi. Sesetengahnya memilih program pemulihan yang dipercepatkan di mana atlit boleh kembali bersukan dan bermain dalam pertandingan yang kompetitif dalam masa enam bulan selepas pembedahan. Ada juga memilih tempoh pemulihan yang lebih lama iaitu sembilan bulan sebelum seseorang atlit itu dibenarkan bermain secara kompetitif.


    Apakah Jenis-jenis sokongan lutut yang biasa dipakai?

    Sokongan lutut atau brace boleh memberi perlindungan dan sokongan pada lutut yang tidak stabil. Ia menghalang kecederaan kepada lutut yang sihat dan menyokong lutut yang tidak stabil.




  • Brace lutut berengsel - Ia mempunyai lapisan penguat pada kedua-dua sisi lutut yang dibuat daripada besi dan boleh dibengkokkan pada engselnya. Jenis ini mampu memberi sokongan yang baik kepada lutut.

    Sesetengah brace menggunakan engsel boleh laras yang mana titik putaran berubah mengikut pergerakan lutut dengan itu sokongan yang diberikan adalah lebih sempurna. Bagaimanapun tidak ada sokongan yang mampu memberi perlindungan seratus peratus kepada ACL yang mana ia hanya memerlukan beberapa darjah putaran sahaja untuk mencederakannya.




  • Penyokong lutut yang distabilkan - Jenis ini mempunyai panel sisi yang diperkuatkan untuk memberi sokongan tambahan berbanding sokongan lutut yang standard. Ia memberi sokongan dari tekanan sisi kepada lutut.

    Selalunya terdapat plat besi yang fleksibel atau tali anjal yang dijahit pada kedua-dua sisi penyokong lutut berkenaan. Jenis ini memberikan sokongan sisi yang kurang tetapi mempunyai bentuk yang lebih nipis berbanding brace lutut berengsel.




  • Penyokong lutut asas - Penyokong lutut jenis asas ini tidak mempunyai bahan sokongan tambahan pada sisinya dan selalunya dibuat daripada bahan neoprene yang boleh simpan haba. Jenis ini hanya memberikan sokongan yang sederhana kepada lutut.


  • Selalunya atlit yang mengalami kecederaan ACL akan mengalami kemerosotan dalam prestasinya kerana kesukaran yang dihadapi disebabkan lututnya yang tidak stabil.