CLICK HERE FOR FREE BLOG LAYOUTS, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday 14 March 2012

WARNA KEHIDUPAN SETIAP MANUSIA

Pelbagai persoalan yang bermain di ruang fikiran kita apabila menemui kebuntuan ketika sesuatu musibah menimpa diri. Dan kebanyakkannya lebih selesa memilih dengan cara termenung dan lebih cenderung dengan mengeluh setelah apa yang sudah berlaku sejak kebelakangan ini. Adakah anda rasa perlakuan anda itu boleh mengubah kesilapan anda yang lalu? Ataupun dengan cara ini dapat mencari jalan penyelesaian pada masalah anda itu?

Mungkin terlalu sombong jika saya katakan, hanyalah kerja sia-sia jika temenung atau mengeluh menjadi pilihan utama anda. Mungkin pada anda, hanya yang melalui pengalaman derita anda sahaja yang mampu mentafsirkan segala keperitan yang sedang anda lalui itu. Saya setuju. Tapi pernahkah anda terfikir soalan saya diperenggan pertama tadi? Apa yang anda perolehi dari tindakan anda tersebut?

Mungkin pada diri kita sebagai manusia, sedikit ruang untuk bertenang mampu memberikan sedikit kelapangan fikiran. Ambillah sebanyak mana yang anda mahukan. Tapi ingat, sebanyak mana masa yang anda manfaatkan itu, semakin besar jurang masa yang anda perlukan untuk anda membuat sesuatu perubahan.

Bermula dengan cara bertenang adalah sesuatu yang sangat baik sebelum memulakan kehidupan setiap hari. Dengan cara sebegitu, kita mampu memikirkan pelbagai idea yang positif. Rancang kehidupan baru yang anda inginkan. Kalau pun kita berhak menentukan kebahagiaan kita sendiri, tidak perlu kita terlalu terburu-buru berbuat sesuatu keputusan. Setelah itu, jangan abaikan apa yang anda rancangkan tadi.



Tidak akan berubah kehidupan manusia itu selain daripada usahanya sendiri.


Kejayaan milik semua. Bagaimana warna kehidupan yang anda mahukan, jangan berlengah lagi. Teruskan melukis. Kerana hasil lukisan itu, walau di mata orang lain tidak secantik di mata anda, jika itu impian hidup anda, itulah di namakan kepuasan.

 
@y@ng'z

0 comments:

Post a Comment